Venus (tumbuhan)
Venus (tumbuhan)

Venus (tumbuhan)

Venus penangkap lalat (juga dirujuk sebagai penangkap lalat Venus atau perangkap lalat Venus), Dionaea muscipula, ialah pokok insektivora asli tanah lembap subtropika di Pantai Timur Amerika Syarikat di Carolina Utara dan Carolina Selatan.[3] Ia menangkap mangsanya—terutamanya serangga dan araknid—dengan struktur perangkap yang dibentuk oleh bahagian hujung pada kedua-dua daun pokok ini dan dipicu oleh rerambut halus di permukaan dalam daun tersebut. Apabila seekor serangga atau labah-labah merangkak di atas daun pokok ini lalu tersentuh rerambut halusnya, perangkap akan tertutup sekiranya rerambut yang berlainan disentuh dalam masa dua puluh saat dari sentuhan yang pertama. Tujuan pemicu berganda dalam mekanisme ini ialah bagi mengelakkan tenaga dibazirkan dengan memerangkap objek yang tidak memiliki nilai zat makanan.Dionaea adalah genus monotypic berkait rapat dengan pokok kincir air dan sundew, yang kesemuanya tergolong dalam keluarga Droseraceae.